Presiden Umno berkata pihaknya mengikuti semua prosedur perundangan sebelum membuat rayuan kepada Lembaga Pengampunan untuk memberi pertimbangan itu.

MACHANG: Hasrat Umno mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas presiden parti itu Najib Razak adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya mengikuti semua prosedur perundangan sedia ada sebelum membuat rayuan kepada Lembaga Pengampunan untuk memberi pertimbangan itu.
“Kami sebagai sebuah parti politik tentunya mengikut semua prosedur perundangan sedia ada dan apabila prosedur diikuti, ia terserah kepada Lembaga Pengampunan,” katanya selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kelantan 2023 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu.
Turut hadir Menteri Luar…
