

Melaka mungkin menjadi contoh pengurusan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tetapi ujian sebenar apabila Umno perlu menerima kedudukan sebagai ‘rakan kecil’ di negeri dikuasai PAS, kata penganalisis.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, berkata formula kerjasama di Melaka tidak semestinya boleh diterjemahkan secara langsung ke negeri lain kerana setiap negeri mempunyai komposisi politik, sejarah persaingan dan keseimbangan kekuatan parti berbeza.

Katanya, Umno mempunyai asas sokongan kuat di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus membolehkan BN bertanding lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PN.
Namun, Hisommuddin mengingatkan prinsip timbal balik akan benar-benar diuji apabila kedudukan dominan itu bertukar tangan, terutama di negeri yang mempunyai penguasaan PAS lebih besar seperti…