Hot FM

Umno Jelebu cadang pemilihan diadakan sebelum PRU 15



Jalaluddin menjelaskan pemilihan Umno lebih awal wajar bagi memastikan jentera di semua peringkat bersedia bagi menghadapi PRU ke 15. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemilihan Umno bagi penggal 2021 hingga 2024 yang ditangguhkan sehingga Dis 2022 wajar diadakan lebih awal sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata Ketua Umno Jelebu Jalaluddin Alias

Katanya, cadangan itu dipersetujui Umno bahagian pada mesyuarat perwakilan bahagian yang diadakan hari ini.

Jelas beliau, pemilihan Umno lebih awal itu wajar bagi memastikan jentera di semua peringkat adalah jentera yang mendapat mandat baharu serta cukup bersedia bagi menghadapi PRU15.

“Pemilihan Umno perlu dibuat sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU diadakan.

“Jika terdapat sebarang isu berbangkit, krisis atau masalah dalaman selepas pemilihan parti, ia dapat diselesaikan dengan lebih awal, berhemah dan teratur,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau sebelum itu merasmikan Mesyuarat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version