

Umno akan menjemput kepimpinan tertinggi PAS menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 bulan depan, sebagai membalas jemputan parti itu kepada pemimpin Umno untuk menghadiri muktamarnya.
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.
“Ini sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan Umno untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
PAU2026 dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 Sept.
Sebelum ini, media melaporkan PAS menjemput Presiden Umno Zahid Hamidi serta tiga lagi pemimpin parti itu menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kota Bharu, Kelantan.
Zahid pada 23 Ogos mengesahkan Umno akan menghantar wakil ke muktamar berkenaan.
Namun belum diputuskan wakil Umno yang akan menghadirinya.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: