
Umno Johor berikrar tidak akan mensia-siakan peluang kedua diberikan rakyat selepas kemenangan pada PRN Johor 2022.
Ikrar itu disuarakan Ketuanya Onn Hafiz Ghazi, ketika parti berkenaan bakal berdepan satu lagi pilihan raya negeri selewat-lewatnya April tahun depan dengan ada spekulasi lebih awal.
Merujuk kekalahan pada 2018 menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah pentadbiran Putrajaya dan Johor, Onn Hafiz =berkata parti itu terus membela rakyat dan memajukan negeri itu.
Menteri besar Johor itu berkata mandat diberikan rakyat dengan menguasai 40 daripada 56 DUN, empat tahun lalu digunakan sebaiknya melalui pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dirancang.
Menurutnya, hasil usaha berterusan serta sokongan semua pihak telah membolehkan Johor mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan seperti pelaburan tertinggi selain mewujudkan kira-kira…