Hot FM

Umno junjung titah, tak teruskan himpunan 6 Jan


Umno tidak teruskan perhimpunan solidariti bersama bekas presidennya pada 6 Jan ini atas prinsip menjunjung titah Agong.

PETALING JAYA: Umno mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti bersama bekas presiden Najib Razak, atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

Perkembangan ini menyusuli kenyataan Istana Negara, yang mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan.

Umno berkata ia akur pada saranan titah agar menghormati kuasa prerogatif Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan.

“Umno menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan baginda dalam memberikan keadilan penuh kepada Najib,” menurut kenyataan oleh Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebelum ini dilaporkan suatu perhimpunan akan diadakan pada 6 Jan, iaitu hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version