

Umno menegaskan pendiriannya untuk terus mendokong kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 atas titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 sehingga pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung malam tadi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Beliau pada masa sama menjelaskan, kerajaan negeri seperti di Johor dibentuk lebih awal sebelum pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan perjanjian politik pusat tidak mengikat kerajaan negeri.
Katanya, Umno berhak menentukan hala tuju serta pendirian parti menjelang mana-mana pilihan raya termasuk PRN Johor dan Negeri Sembilan.
“Keputusan Umno dan Barisan Nasional (BN)…