
PETALING JAYA: Umno Langkawi menolak sebarang usaha mengembalikan proses pemilihan jawatan tertinggi parti itu kepada sistem lama yang mengehadkan hanya 2,500 perwakilan dibenarkan mengundi.
Ketuanya Mohd Nazifuddin Najib berkata sistem lama itu tidak relevan dengan realiti politik semasa dan bercanggah prinsip demokrasi serta keterbukaan diperjuangkan Umno.
“Sebagai parti memperjuangkan demokrasi dan keterbukaan, langkah mengembalikan sistem lama kurang inklusif adalah satu langkah ke belakang,” katanya menurut Berita Harian.
Nazifuddin berkata sistem lama diubah bagi memastikan pemilihan kepimpinan tertinggi parti lebih adil, telus dan menyeluruh.
Tegasnya, hak memilih pemimpin Umno pusat perlu dikekalkan kepada ahli akar umbi seperti sekarang, bukan terhad kepada perwakilan dihantar ke…