Hot FM

Umno mampu lahirkan lebih ramai ‘KJ’, ‘Shahril Hamdan’



Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Umno mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan setia pada masa depan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umno tidak terasa kehilangan dengan beberapa pemimpin parti itu yang dipecat dan digantung baru-baru ini kerana parti itu mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan setia pada masa depan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh.

ADUN Merlimau itu berkata, pemecatan dan penggantungan ahli serta pemimpin parti adalah perkara biasa, namun yakin Umno mampu melahir serta mengetengahkan ramai pemimpin pelapis untuk menganggotai pucuk kepimpinan parti, lapor Berita Harian.

“Inilah hakikatnya, pemimpin datang dan pergi, InsyaAllah saya yakin Umno mempunyai pelapis pemimpin muda yang boleh diketengahkan.

“Kalau kita kehilangan pemimpin muda seperti KJ (Khairy Jamaluddin) dan Shahril Hamdan, saya percaya Umno mampu melahirkan 10 lagi `KJ’ dan 10…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version