PETALING JAYA: PKR Johor tidak menghalang akar umbinya menyuarakan sesuatu isu, kata Ketuanya Syed Ibrahim Syed Noh mengulas kenyataan pemimpinnya di Sri Gading yang Pakatan Harapan (PH) mampu merampas negeri dari Barisan Nasional (BN) jika PRN dalam masa terdekat.
Dakwanya perkara sama juga dilakukan sekutunya dalam kerajaan perpaduan – Umno dan MCA, terbaharu Ketua Umno Johor Onn Hafiz Ghazi pada 6 Jul lalu yang dilaporkan berkata inisiatif merampas semula Parlimen Sri Gading perlu dibuat partinya.
Kerusi itu kini diwakili Ketua PH Johor Aminolhuda Hassan.
Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata kenyataan dibuat Setiausaha PKR Sri Gading Muhamad Hanis@Hans Azman Atar bukan pendirian rasmi parti, sambil menegaskan belum ada lagi sebarang perbincangan mengenainya.
“Kita tak halang tapi sebagai parti dalam kerajaan perpaduan perlu kepada sikap bahawa pentadbiran ini perlu…