
PETALING JAYA: Umno setuju memulakan proses undang-undang dan menuntut ganti rugi serta pampasan RM100 juta daripada Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis kerana menyertai PAS.
Dalam kenyataan, Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia selaras dengan perjanjian dimeterai terhadap wakil rakyat yang meninggalkan dan membelakangi pendirian parti.
Asyraf berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, malam ini.
PAS pada satu sidang media di Parlimen pada 16 Jul mengumumkan Jailani telah menyertai parti itu selepas diterima sebagai ahli pada Jun 2023.
Setakat 9 Sept tahun lalu media melaporkan Jailani sebagai ahli Umno, apabila lembaga disiplin parti mengesyorkan beliau digantung keahlian.
Jailani menyertai Umno pada Jun 2021 selepas meninggalkan PKR, dan mempertahankan…