
Umno Negeri Sembilan syor tempoh perkhidmatan menteri besar dihadkan tidak lebih 10 tahun, malah diperluaskan kepada ketua jabatan kerajaan, kata Ketua Jalaluddin Alias.
Jalaluddin yang juga exco kerajaan negeri, merujuk pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) had tempoh jawatan perdana menteri di Parlimen, semalam.
Beliau berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan di peringkat negeri kerana mampu mewujudkan urus tadbir lebih baik.
“Saya setuju pendekatan ini dilaksanakan di Negeri Sembilan, bukannya mempunyai niat terselindung, tetapi untuk kepentingan negeri dan rakyat.
“Bagi saya, ini merupakan satu pendekatan yang boleh ada penambahbaikan nilai dalam semua aspek termasuk urus tadbir, pembangunan dan ekonomi negeri,” katanya menurut Sinar…