
SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan berharap rundingan kerusi antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan membawa kepada pembahagian kerusi secara sama rata untuk PRU.
Pengerusi Jalaluddin Alias berkata kerusi DUN wajar dibahagi 18-18, dengan BN mempertahankan kerusi sedia ada dan menyasarkan beberapa kerusi yang diduduki Perikatan Nasional.
“Kita sedang melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan lagi tambahan beberapa kerusi DUN, terutamanya di Serting, Gemas, dan Bagan Pinang,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024.
BN menduduki 14 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan, serta lima daripada lapan kerusi Parlimen.
Dalam pada itu, Jalaluddin menepis tanggapan bahawa BN sekadar ‘menumpang’ PH untuk mentadbir negeri, mengingatkan bahawa kerajaan perpaduan Negeri Sembilan tidak akan terbentuk tanpa penglibatannya.
“Negeri Sembilan pada ketika ini…