
PETALING JAYA: Penggabungan parti Melayu antara Umno, PAS dan Bersatu masih belum cukup “kuat” dan meluas pengaruhnya seperti PKR, kata bekas timbalan perdana menteri, Musa Hitam.
Beliau berkata, justeru jika Umno, PAS dan Bersatu bergabung bawah “khemah” sama, gabungan itu perlu memberi jaminan kepada bangsa lain sebagai tumpuan perjuangan mereka.
Katanya, konsep ketuanan Melayu wujud disebabkan pegangan orang Melayu yang taksub yang wujud ketika negara digelar “Tanah Melayu”, sekali gus membuatkan orang Melayu menggunakan konsep berkenaan bagi melindungi kepentingan bangsa berkenaan.
Namun, beliau yang juga bekas timbalan presiden Umno berkata konsep sedemikian tidak lagi relevan terutama selepas negara merdeka, yang menyaksikan segala-galanya…