
PETALING JAYA: Ketidaksefahaman berhubung pembahagian kerusi menyebabkan hubungan di antara PAS dan Umno menjadi semakin tegang di Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Walaupun segelintir pemimpin Umno di peringkat pusat berminat untuk meneruskan kerjasama dengan PAS namun seorang penganalisis politik mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa ceritanya berbeza di peringkat akar umbi.
“Di peringkat negeri, ini adalah cabarannya,” kata Mohd Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia.
“Ahli Umno di peringkat akar umbi di tiga negeri itu tidak mahu berkongsi kerusi dengan PAS dan PAS meminta lebih banyak kerusi kerana ia merasakan pengaruhnya kuat di situ.”
Katanya kepada FMT, perbincangan di Terengganu telah menyebabkan berlakunya permusuhan.
“Kedua-dua pihak tidak bersedia…