
PETALING JAYA: Umno akan memperkukuh kerjasama dan gerak kerja bersama parti-parti komponen kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata langkah itu manifestasi keseriusan dan komitmen memastikan kelangsungan kestabilan politik, kesejahteraan rakyat, dan kemakmuran negara.
Menurut Asyraf, kemenangan di DUN Mahkota memberi isyarat bahawa rakyat menerima baik model kerjasama kerajaan perpaduan berteraskan prinsip kesederhanaan, toleransi, dan tidak ekstrem.
“Kemenangan ini tidak harus menjadikan Umno angkuh dan bongkak, sebaliknya memastikan mandat yang diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh tawaduk dan beramanah,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, ahli Umno diminta berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi membantu rakyat tanpa mengira ideologi parti mahupun kaum, dalam menghadapi…