
PETALING JAYA: Bung Moktar Radin berkata Umno Sabah tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi menghadapi PRN ke-17 (PRN17) kelak.
Ketua Umno Sabah berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuknya menyatakan perkara itu memandangkan tumpuan kini memantapkan Umno negeri terlebih dahulu.
“Kita tidak menolak kemungkinan itu, namun sekarang masih terlalu awal untuk menyatakannya. Kita tunggu sehingga tarikh PRN17 ditetapkan.
“Seperti saya nyatakan sebelum ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya bekerjasama dengan mana-mana parti yang menghormati perjanjian bagi membela kepentingan rakyat Sabah.
“Apa yang kita lakukan hari ini adalah memperkukuhkan semua jentera parti dan kumpul isu serta maklumat yang akan diguna pakai pada kempen pilihan raya nanti,” katanya…