
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata Umno tidak akan masuk kali kedua ke ‘lubang biawak’, merujuk kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) pada 2019.
Dakwanya, ini kerana ada usaha di pihak pembangkang untuk menghidupkan semula gabungan itu yang dirujuknya sebagai MN 2.0.
“Ia membuka jalan terbentuk kerajaan baru. Sebab itu secara tiba-tiba mereka bernada lembut pasal isu ‘Bossku’.
“Sila lupakan kalau itu objektif mereka kerana Umno tidak akan masuk kali kedua ke lubang biawak. Pokoknya kamu ‘the loser’,” katanya merujuk pembatalan perhimpunan solidariti untuk bekas perdana menteri Najib Razak oleh Umno di Istana Kehakiman, Putrajaya.
MN ditubuhkan pada September 2019 ketika Umno dan PAS dalam blok pembangkang susulan kejayaan Pakatan Harapan pada PRU14, Mei 2018.
Ia terkubur pada 2022 selepas PAS membentuk Perikatan Nasional…