
SEREMBAN: Seorang pemimpin kanan Amanah mengecam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan ketika musim banjir sambil menganggap tindakan itu tidak berhati.
Salahuddin Ayub yang juga timbalan presiden Amanah berkata, Umno sanggup mengetepikan kesusahan dialami rakyat ketika musim banjir untuk memenuhi hasrat mereka mengadakan PRU.
“Kalau dia (Umno) buat, Umno memang tidak berhati perut. Dalam musim banjir, rakyat kesusahan bila kemusnahan berlaku, rumah dinaiki air, perabot hilang, tiba-tiba mahu buat PRU.
“Jika Umno tetap mahukan ada PRU, saya berharap rakyat menolak mereka, tiada sedikit pun simpati pada rakyat,” katanya ditemui selepas ucapan penangguhan Konvensyen Nasional Amanah 2022.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataann Zahid yang…