
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak akan memberi autonomi kepada kepimpinan negeri dan bahagian untuk bekerjasama dengan PAS dan Bersatu.
Sebaliknya, beliau berkata, semua pihak perlu merujuk keputusan Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu untuk Barisan Nasional (BN) bertanding solo dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, keputusan itu merangkumi keseluruhan negeri, termasuk Selangor yang meminta kuasa autonomi diberikan dalam usaha menewaskan Pakatan Harapan pada PRU15.
“Setakat ini, kami berpegang kepada keputusan perhimpunan agung Mac lalu. Keputusan itu adalah untuk keseluruhan dan tidak ada pengecualian. Keputusan itu belum diubah dan ia adalah keputusan tertinggi.
“Dalam perhimpunan itu tidak menyebut pengecualian di beberapa…