Naib presiden Umno itu menyeru pemimpin dan ahli merapatkan barisan serta memperkukuhkan parti.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Johari Ghani menyeru pemimpin dan ahli parti merapatkan barisan kerana Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu berpecah.
“Ada kluster mahkamah, ada kluster Putrajaya atau kluster PWTC. Kita sudah nampak kesannya, apabila ada pelbagai kluster di antara kita,” katanya merujuk prestasi buruk Umno pada PRU15 yang hanya menang 26 kerusi Parlimen.
Johari berkata, “tidak logik” untuk parti sebesar Umno hilang kerusi kepada parti lebih kecil.
“Ini kerana (kita) berdepan isu-isu dalam parti itu sendiri,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.
Beliau berkata, Umno milik 3.5 juta ahlinya, bukan pemimpinnya.
“Kita tidak boleh ada pemimpin-pemimpin Umno yang ‘membalun’ antara satu sama lain secara terbuka. Ia menggambarkan Umno sebuah parti sentiasa…