Hot FM

‘Umno tak merayu’, Pemuda desak Chow jelas pendirian


Hilmi Elias n Chow Kon Yeow
Hilmi Elias mendesak Chow Kon Yeow menjelaskan pendirian berhubung keberadaan Umno dalam kerajaan Pulau Pinang.
PETALING JAYA:

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang menegaskan parti itu tidak pernah merayu untuk berada dalam kerajaan negeri dan sedia menerima sebarang keputusan rasmi jika Pakatan Harapan (PH) merasakan khidmatnya tidak lagi diperlukan.

Ketua Pemudanya Hilmi Elias berkata penyertaan parti itu dalam pentadbiran negeri adalah hasil persefahaman politik selepas PRN 2023, bukannya atas desakan atau rayuan mana-mana pihak.

“Jangan salah faham. Umno bukan parti yang akan hilang arah sekiranya tidak berada dalam kerajaan. Kita mempunyai sejarah, kekuatan dan prinsip perjuangan sendiri.

“Jika DAP merasakan Umno tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, mereka bebas menyuarakan pendirian. Umno tidak mempunyai masalah untuk menerima apa jua keputusan yang dibuat secara rasmi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas persoalan dibangkitkan Adun Pantai Jerejak, Fahmi Zainol…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version