
PETALING JAYA: Umno tidak akan mengulangi kesilapan memilih calon yang merasakan diri mereka “lebih besar” daripada perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi hantaran di Facebook, presiden Umno itu mengakui menjadi tugas mencabar untuk pemimpin tertinggi parti membuat keputusan, namun ia perlu digalas bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali”.
“Insya Allah, ‘Top Five’ Umno akan pastikan calon yang dipilih nanti pemimpin yang mempunyai disiplin tinggi, tidak berkepala besar, berani mempertahankan Umno daripada diperlekehkan, tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan mereka sendiri.
“Selain (itu) mempunyai sokongan akar umbi yang kuat tanpa mengira tempat bertanding,” katanya.
Tanpa menamakan sesiapa, Zahid berkata, apabila Parlimen dibubarkan, ada dalam…