Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno ‘talian hayat’ PAS jadi kerajaan, kata penganalisis

today30 June 2024

Background


penyokong pas
PAS berdepan tugas berat menawan Putrajaya tanpa sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS masih mengharapkan Umno bersama parti itu dan Bersatu merealisasikan impian membentuk kerajaan kerana sedar tidak lagi dapat meyakinkan pengundi bukan Melayu, kata penganalisis politik.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata beliau bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual khas dengan FMT yang PAS tidak boleh memerintah sendiri.

Sehubungan itu, parti dipimpin Hadi Awang berkenaan perlu mencari rakan kerjasama meraih kemenangan di lebih banyak kerusi Melayu selain Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN) dengan alternatif terbaik adalah Umno.

“PAS dilihat masih mengharapkan Umno untuk bersamanya dan Bersatu dalam merealisasikan cita-cita membentuk kerajaan.

“Pengundi Cina dan India sokong PKR, DAP dan Amanah, mereka juga mula selesa dengan kerjasama (Pakatan Harapan)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post