

Umno akan berdepan kerugian lebih besar berbanding mendapat laba jika bersetuju menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) pada PRN Johor, sambil penganalisis menyifatkan langkah itu menguntungkan PAS.
Hisomuddin Bakar daripada Ilham Centre, berkata cabaran utama dijangka timbul di meja rundingan, yang mana PAS akan cuba menuntut bertanding di kerusi dianggap berpotensi menang tanpa mengambil kira rekod prestasinya di negeri berkenaan.

“Umno perlu mempertimbangkan untuk memberikan sejumlah kerusi kepada PAS sebagai sebahagian daripada formula kerjasama politik. Dalam konteks semasa, Barisan Nasional (BN) menyandang 40 daripada 56 DUN Johor.
“Sekiranya kerjasama Umno-PAS direalisasikan, ini bermakna sebahagian kerusi selama ini menjadi medan Umno atau parti komponen BN terpaksa dikorbankan bagi memenuhi…