
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Umno menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, berkuat kuasa serta-merta.
Penarikan balik penggantungan keahlian selama enam tahun itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno malam tadi, yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi.
“Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara untuk melepas dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Sebagai ahli Umno berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan Umno,” menurut kenyataan Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki.
Tajuddin digantung keahlian bermula September 2022 selepas secara terbuka mengkritik Umno, berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun tahun yang sama. Beliau juga menggesa Zahid meletakkan jawatan.
Tajuddin dilapor mengemukakan rayuan…