

Umno akur permohonan pengampunan bekas presidennya, Najib Razak ditangguhkan tetapi berharap perkara itu akan dipertimbangkan dalam mesyuarat mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan datang.
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata parti itu menghormati sepenuhnya prerogatif Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta proses yang ditetapkan berhubung perkara itu.
“Kita menjunjung kasih dan menghormati sepenuhnya proses serta hak mutlak atau prerogatif Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini. Umno akur bahawa perkara ini belum dapat diselesaikan pada ketika ini.
“Kita akan terus menghormati segala proses yang telah ditetapkan. Namun dengan penuh takzim, Umno terus menaruh harapan agar pada mesyuarat gabungan yang akan datang, permohonan Najib Razak dapat dipertimbangkan dengan…