Hot FM

Umno tiada majoriti, tak berhak paksa bubar Parlimen, kata Anwar



Anwar Ibrahim berkata Umno tiada hak untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

SUBANG JAYA: Umno tidak berhak memaksa pembubaran Parlimen kerana parti itu tidak mempunyai majoriti yang cukup di Dewan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Katanya, Umno hanya mempunyai 38 daripada 222 kerusi dalam Parlimen menyebabkan keputusan itu tidak boleh dipaksa mengikut kehendak mereka.

“Dalam sistem kita 38 Ahli Parlimen tak boleh paksa keputusan.

“Keputusan harus dibuat dengan wewenang perdana menteri, sekiranya perdana menteri itu mempunyai kekuatan untuk bertindak dengan waras sebagai perdana menteri,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku tulisannya bertajuk “Script”.

Anwar berkata demikian ketika ditanya hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini

Susulan ketetapan itu, Perdana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version