
PETALING JAYA: DAP Johor mendakwa Umno mahukan pilihan raya negeri (PRN) itu diadakan untuk dijadikan landasan mencetuskan pilihan raya umum (PRU) secara mengejut.
Setiausaha DAP Johor, Andrew Chan, berkata Umno yang “tergila-gila” mahukan PRN kerana kumpulan utama dipimpin bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Ahmad Zahid Hamidi mahu memenangi PRU bagi membolehkan mereka terlepas daripada hukuman penjara dalam kes rasuah dihadapi.
“Mereka mahukan Johor sebagai landasan untuk mencetuskan pilihan raya umum walaupun bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Umno sendiri, Ismail Sabri Yaakob.
“Kumpulan Umno yang dominan ini tidak peduli sama ada nyawa rakyat terancam atau tidak jika pilihan raya diadakan semasa…