
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berpendapat tindakan ‘mengumpan’ ahli parti itu untuk menyertai parti lain dalam kerajaan perpaduan patut dielakkan kerana ia umpama satu ‘resepi keretakan’.
Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Umno sebagai parti yang paling terkesan sebelum ini akibat budaya ‘lompat-melompat’ itu menyedari kesan buruk yang tindakan tersebut.
“Umno konsisten menentang amalan lompat parti yang pernah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil suatu masa dahulu.
“Kestabilan politik dan kerajaan hari ini bergantung kuat kepada sikap hormat menghormati dan saling mempercayai antara parti-parti yang membentuknya,” katanya dalam kenyataan.
Jumaat lalu, FMT memetik sumber dalaman Umno Selangor berkata, rundingan sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku…