Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga emas menunjukan kemahirannya dengan menulis tulisan jawi di atas sebuah kek.
Walaupun umurnya kini sudah mencecah 89 tahun, namun itu bukanlah penghalang buatnya untuk melakukan perkara yang disukai.
Warga emas itu pada asalnya bekerja sebagai guru sebelum mengambil keputusan untuk beralih ke minatnya itu. Difahamkan tulisan jawi yang ditulis adalah dalam bentuk doa dan ucapan.
Lihat video sambungan itu di bawah: