
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa enakmen anti-lompat yang diluluskan oleh DUN Pulau Pinang pada 2012 menepati perlembagaan.
Panel tujuh hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Perkara 14A perlembagaan negeri juga tidak terbatal kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
“Kami berpandangan, responden (perundangan negeri) berhak membuat undang-undang itu untuk menentukan kelayakan keahlian,” katanya.
Isu ini timbul pada 2020 selepas empat ADUN Pulau Pinang memfailkan tindakan mencabar usul dikemukakan speaker DUN supaya mereka mengosongkan kerusi dan agar pilihan raya kecil diadakan, selepas mereka berpaling tadah daripada Pakatan Harapan (PH).
ADUN terbabit ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab…