Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Undang-undang baharu langkah sebenar tangani gangguan seksual, kata aktivis

today27 November 2021

Background



Seksyen mengenai gangguan seksual dalam Akta Kerja memberi kelonggaran yang besar kepada pelaku, menurut persatuan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Aktivis menyambut baik pengumuman kerajaan yang dijangka membentangkan rang undang-undang berkaitan gangguan seksual di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Langkah itu dijanjikan hampir setahun lalu namun penantiannya bakal berakhir pada 16 Dis nanti sekiranya ia berjaya dipenuhi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ia akan menjadi langkah pertama yang sebenar untuk mengakhiri gangguan seksual di negara ini. Ketika ini, tiada undang-undang khusus terhadap kesalahan gangguan seksual biarpun terdapat peruntukan terhadap perlindungan wanita di tempat kerja telah dimasukkan dalam Akta Kerja 1955 pada 2012.

Dalam kenyataan kepada FMT, Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam) berkata seksyen mengenai gangguan seksual dalam Akta Kerja memberi kelonggaran yang besar kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Danial Azhar


Previous post