Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Undang-undang hukum pikat isteri orang bercanggah perlembagaan, putus mahkamah

today15 December 2023

Background


 

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menjenayahkan tindakan memikat wanita yang sudah berkahwin sebagai bercanggah dengan perlembagaan.

Menyampaikan penghakiman sebulat suara panel lima hakim, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Seksyen 498 Kanun Keseksaan digubal sebelum Merdeka, justeru Perkara 162(6) dan 162(7) Perlembagaan Persekutuan terpakai.

“Kami berpandangan bahawa peruntukan itu tidak mampu diubah suai kerana ia akan mengubah watak kesalahan.

“Oleh itu satu-satunya cara (untuk membatalkannya) adalah dengan memansuhkannya menerusi kehakiman,” kata Tengku Maimun.

Tengku Maimun bersidang dalam panel bersama Hakim Besar Malaya Zabidin Diah, serta Hakim Harmindar Singh Dhaliwal, Abu Bakar Jais dan Abdul Karim Abdul Jalil.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post