Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Undi Melayu merosot bukti BN hilang taring, kata PAS

today1 December 2022

Background



PAS berkata, perjuangan BN kini tiada tempat di hati rakyat, khasnya orang Melayu.

PETALING JAYA: PAS berkata, Barisan Nasional (BN) yang dahulunya dominan sudah “hilang taring” susulan sokongan majoriti pengundi Melayu terhadap gabungan itu yang semakin merosot sejak tiga pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya, BN hanya mampu meraih 33% undi Melayu pada PRU15 berbanding 62% pada PRU13 dan 43% pada PRU14.

“Bukti apa lagi yang BN mahu lihat betapa perjuangan mereka hari ini tidak ada tempat di hati rakyat, terutama orang Melayu.

“BN sudah hilang taring mereka yang mungkin sudah sekian lama tumpul kerana masalah moral pimpinan dan hala tuju perjuangan parti,” katanya dalam kenyataan.

PAS berkata, wujud gelombang “tsunami” undi Melayu buat Perikatan Nasional yang meraih 54% undi golongan itu berbanding 11% undi yang diperolehi PH.

Katanya, BN sepatutnya menggunakan keputusan PRU15, di mana ia memenangi 30 daripada 221 kerusi Parlimen, untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post