

Cadangan supaya masyarakat Cina menjadi ‘pengundi strategik’ bagi mengelak dominasi mutlak DAP berisiko merugikan kerajaan kerana ia boleh memberi kemenangan mudah kepada Perikatan Nasional (PN) di kawasan campuran, kata penganalisis.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, walaupun cadangan bekas presiden MCA Chua Soi Lek bertujuan mewujudkan semak dan imbang, realitinya pengundi strategik boleh menyebabkan perpecahan undi yang merugikan blok kerajaan.
“Jika undi Cina terpecah kepada DAP dan MCA, ada kemungkinan DAP pun kalah, MCA pun kalah. Maknanya kemungkinan masyarakat Cina akan hilang kawasan tersebut.
“Parti alternatif seperti PN pula mungkin menang di situ,” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata, risiko itu perlu dipertimbangkan pengundi Cina terutama ketika…