Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan undian Kelayakan Piala Asia 2023 akan berlangsung pada bulan Februari 2022. Perkembangan itu didedahkan oleh Naib Presiden Vietnam FA (VFF), Tran Quoc Tuan selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC semalam.
Menurut sumber media Vietnam, salah satu perbincangan penting dalam mesyuarat tersebut ialah perancangan untuk menganjurkan Piala Asia 2023 dimana China akan menjadi tuan rumah.
AFC sebelum ini mengesahkan bahawa semua perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’. Langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

FOTO: AFC
3 tarikh telah ditetapkan untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 nanti. Venue perlawanan pada ketika ini masih belum…