
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat julung kali akan menjadi tuan rumah Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam peringkat kebangsaan yang melibatkan 1,885 pegawai muda dari seluruh negara.
Istiadat edisi ke-44 itu dijadualkan berlangsung pada 12 Sept di Dataran Kawad Baharu dan Dewan Tuanku Canselor UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meninjau lokasi berkenaan bagi melihat perkembangan persiapan menjelang istiadat itu.
Lawatan berkenaan memberi tumpuan kepada persiapan akhir termasuk latihan, penyelarasan pentadbiran dan kesiapsiagaan lokasi yang akan digunakan sepanjang acara.
Turut berangkat ialah Waris Yang Kedua…