Sekumpulan pelajar telah mendakwa bahawa universiti telah mengganggu proses pilihan raya kampus.

PETALING JAYA: Sebuah universiti swasta dipercayai mengugut sekumpulan pelajarnya dengan tindakan undang-undang susulan kenyataan yang dibuat pada sidang media berhubung pilihan raya kampus.
Melalui satu surat dalaman yang diedarkan minggu ini, universiti itu menjelaskan bahawa pelajar yang membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai pengurusan akan dikenakan tindakan tatatertib.
Universiti itu berkata, mereka juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Fitnah terhadap pelajar yang membuat kenyataan sedemikian.
Seorang bekas presiden majlis perwakilan pelajar mendakwa universiti itu cuba untuk menakutkan-nakutkan pelajar.
“Ini kali pertama universiti mengugut untuk menyaman pelajar atas kenyataan yang kononnya berunsur fitnah.
“Sebelum ini,…
