PETALING JAYA: Universiti awam yang didakwa mengambil seorang bankrap sebagai ketua jabatan di fakulti perubatannya mesti menunjukkan akauntabiliti dan memberikan butiran penuh kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, kata seorang ahli akademik.
Felo Akademi Sains Malaysia, Tajuddin Abdullah, berkata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir harus mempertanggungjawabkan lembaga pengarah universiti sekiranya institusi itu gagal menangani isu terbabit
Tanggungjawab muktamad dalam perkara itu terletak pada lembaga pengarah, katanya kepada FMT.
“Jika tiada masalah, beritahu sahaja.”
Beliau berkata orang ramai mungkin melihat kegagalan universiti bertindak sebagai cubaan mengetepikan isu penting bagi mengelak terpalit dengan kontroversi.
“Tetapi kegagalan untuk menangani perkara itu…