
PETALING JAYA: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan walaupun ada permintaan ibu bapa sebagai penanda aras pencapaian anak, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memfokuskan Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum persekolahan baharu demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh.
Beliau meminta ibu bapa memberi tumpuan kepada usaha KPM yang akan mengadakan jelajah atau jerayawara berhubung kurikulum baharu itu.
“Ini kerana kita mahu libat urus meluas untuk (mendapatkan) input-input bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Nibong Tebal hari ini.
“Apatah lagi, sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada…