
PETALING JAYA: Pemimpin bahagian Umno membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak perlu berlagak seperti jurucakap tidak bertauliah Umno yang seolah-olah memperkecilkan peranan mereka dalam membawa suara akar umbi bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.
Mereka merujuk dakwaan Hadi yang majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan partinya, di sebalik pendirian PAS mahu bersama Bersatu.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata tindakan Hadi yang bertegas mahu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) memperlihatkan wajah sebenar PAS yang tidak mendengar suara akar umbi mereka dalam mempertimbangkan sebarang…