Site icon Hot FM

Usah campur urusan Umno, Saarani beritahu bekas ahli


Ketua Umno Perak berkata gesaan itu dibuat sekiranya bekas ahli hanya berniat untuk mengadu domba serta mencetuskan provokasi dalam parti.

Saarani Mohamad berkata Umno sudah berada di landasan betul dan segala kerosakan dalaman diperbaiki kepimpinan baharu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mana-mana bekas ahli Umno digesa tidak perlu mencampuri urusan parti itu sekiranya hanya berniat untuk mengadu domba serta mencetuskan provokasi dalam parti.

Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad berkata, gesaan itu bukan bermakna parti bersikap sombong melayan kritikan dibuat bekas ahli sebaliknya tidak mahu ia menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi.

“Agak sukar apabila ketika ini orang di luar Umno banyak bercakap mengenai parti ini. Kalau sudah bukan ahli Umno, tak perlu masuk campur hal parti.

“Bukan bermakna kita sombong sampai tak dengar cakap orang lain, tetapi janganlah ia menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi. Tak perlu, tak perlu, cukuplah dengan apa yang telah kita…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version