

Hishammuddin Hussein mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) tidak terlalu memikirkan ramalan mengenai majoriti kemenangan pada PRN Johor, sebaliknya memberi tumpuan memperkenalkan calon kepada pengundi.
Beliau berkata, hanya pengundi akan menentukan keputusan pilihan raya, justeru usaha mendekati rakyat perlu diberi keutamaan sepanjang tempoh berkempen.
“Kita boleh cakap apa sahaja, tetapi yang menentukan siapa menang ialah pengundi di Sembrong. Kalau kita sibuk fikir pasal majoriti atau melayan pelbagai persepsi, kita tidak ada masa untuk mendekati pengundi.
“Akhirnya, mereka (pengundi) yang akan menentukan sama ada calon kita menang dengan majoriti lebih besar atau sebaliknya,” katanya ketika hadir program ramah mesra bersama warga Orang Asli Kahang.
Sementara itu, Hishammuddin menjangkakan sentimen kaum dan agama akan dimainkan sepanjang kempen, namun percaya…