
PETALING JAYA: Kerajaan digesa tidak menjadikan pengecilan saiz perkhidmatan awam sebagai fokus utama susulan langkah pelantikan secara kontrak penjawat awam yang akan dilaksanakan.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, berkata walaupun isu bayaran pencen penjawat awam yang meningkatkan tanggungan fiskal negara berlarutan sekian lama, kebajikan golongan itu tidak boleh diabaikan.
“Ia perlu mengambil kira keperluan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat secara cekap, meluas dan berkesan di seluruh negara.
“Ini kerana sebahagian besar daripada 1.6 juta kakitangan awam pada masa ini mengisi sektor-sektor penting dan kritikal seperti keselamatan, kesihatan dan pendidikan,” katanya di Facebook.
Bekas perdana menteri berkata, sebarang dasar baharu mengenai pelantikan pegawai awam…