
PETALING JAYA: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menasihatkan semua pihak berlapang dada dan tidak terus “melompat” apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang mengaitkan orang bukan Islam sebagai “punca rasuah”.
Ketua Penerangan DHPP Pusat, Balachandran G Krishnan berkata, apa yang dimaksudkan Hadi itu merujuk kepada kajian peringkat PhD di sebuah universiti tempatan bahawa 88% pemberi rasuah yang didapati bersalah terdiri daripada golongan bukan Melayu.
Katanya, semua pihak tidak sepatutnya melihat ucapan Hadi dari segi “perkauman”, sebaliknya isu pokok yang mahu disampaikan presiden PAS itu adalah budaya rasuah semakin berleluasa.
“Jangan lihat kenyataan itu perkauman…niat presiden PAS bukan nak cetuskan perkauman…niat…