
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S Jegan, berkata hanya satu syarikat minyak, iaitu Shell memaklumkan berlaku gangguan bekalan sementara berikutan kelewatan ketibaan kapal penghantaran berbanding jadual asal.
“Oleh yang demikian, pihak Shell sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini.
“Hasil daripada mesyuarat juga mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah dan minyak masih boleh diperoleh dengan mudah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jegan berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima satu laporan melibatkan stesen minyak yang menghadapi masalah…