
TELUK BAHANG: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyeru tidak lagi diperbesarkan kontroversi penjualan sandwic berlabel ‘ham & cheese’ diragui status halal di cawangan KK Mart, dalam premis Universiti Malaya (UM).
Zahid yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Halal, berkata beliau bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menasihati agar perkara melibatkan sensitiviti agama dikendalikan dengan teliti.
“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana pihak rangkaian jualan runcit itu telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menarik barangan itu.
“Mungkin satu kesilapan dan kita harap ia jadi pengajaran yang baik,” katanya pada sidang media selepas hadir merasmikan Majlis Penutup Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Zahid ketika mengulas lanjut, berkata isu berbangkit berkenaan perlu diserahkan…