
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan tidak sombong kerajaannya stabil kerana Umno berlapang dada menyokong pentadbirannya.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut mengingatkan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu supaya tidak membuat kenyataan liar serta kasar terhadap Umno yang menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri itu.
“Kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada. Saya tidak pasti bagaimana untuk menggambarkan perkara ini. Sama ada terlupa atau berpura-pura lupa. Kerajaan PAS di Kedah itu terbentuk dengan sokongan Umno.
“Malah, dalam kebanyakan kerajaan, sama ada di peringkat pusat dan negeri, Umno adalah entiti yang sama-sama membentuk kerajaan. Benar, tanpa Umno masih ada kerajaan di sesetengah…