
PETALING JAYA: Kerajaan digesa menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas susulan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, turut menggesa kerajaan tidak lagi menangguhkan RCI, sambil menambah rakyat sudah bosan menunggu.
“Lagipun itu keputusan Kabinet. Apa istimewanya Tommy Thomas sampai takut untuk memulakan RCI.
“Ia bukan sahaja penganiayaan kepada individu tertentu seperti Najib (Razak) tetapi penganiayaan kepada sistem keadilan negara,” katanya di Facebook.
Bagaimanapun, Puad mengakui kerajaan akan berada dalam keadaan tersepit, sekiranya mengambil pendirian tegas dalam perkara itu.
“Kalau bertegas akan dituduh campur tangan. Tetapi jika dibiarkan ramai jadi mangsa…